Alleycats

Shahrazad

by Alleycats

15 Views May 27, 2026

Lyrics

Tersebutlah kisah benua padang pasir
Seorang raja memerintah negeri
Semua isterinya telah dibunuhnya
Kerana tak mendapat kasih sayang sejati
Lalu diperintahkan segala
Hulu balang negara
Untuk mencari isteri yang setia
Buat baginda

Tersebutlah kisah benua padang pasir
Seorang raja memerintah negeri
Semua isterinya telah dibunuhnya
Kerana tak mendapat kasih sayang sejati
Lalu diperintahkan segala
Hulu balang negara
Untuk mencari isteri yang setia
Buat baginda

Shah Shah Shahrazad
Anak wazir yang pintar
Pergi menghadap pada raja
Shah Shah Shahrazad
Anak wazir yang pintar
Apa rencanamu sekarang

Telah pun menghadap Shahrazad yang pintar
Untuk melaksanakan rencana segera
Semua orang bimbang akan dibunuhnya
Tapi anehnya baginda jatuh cinta
Dalam seribu satu malam
Shahrazad bercerita
Baginda asyik mendengarkannya

Hingga terlena

Shah Shah Shahrazad
Anak wazir yang pintar
Pandai memikat bercerita
Shah Shah Shahrazad
Alangkah bahagianya
Telah dikurniakan cahya mata
Begitulah kisahnya
Bagaimana baginda membatalkan tujuannya
Untuk membunuh Shahrazad
Kerana kepintarannya bercerita

Telah pun menghadap Shahrazad yang pintar
Untuk melaksanakan rencana segera
Semua orang bimbang akan dibunuhnya
Tapi anehnya baginda jatuh cinta
Dalam seribu satu malam
Shahrazad bercerita
Baginda asyik mendengarkannya
Hingga terlena

Shah Shah Shahrazad
Anak wazir yang pintar
Pandai memikat bercerita
Shah Shah Shahrazad
Alangkah bahagianya
Telah dikurniakan cahya mata
Shah Shah Shahrazad
Anak wazir yang pintar
Pandai memikat bercerita
Shah Shah Shahrazad
Alangkah bahagianya
Telah dikurniakan cahya mata
Oh Shahrazad