One Path

Nuansa Warna

by One Path

0 Views Aug 23, 2026

Lyrics

Makin dewasa makin biasa
Visi tak sama
Watak kita berbeza
Kita berbeza
Namun adakah hanya kerana
Tidak senada
Kita bermasam muka?
Bermasam muka

Akar masih sama
Berlainan dahannya

Kau dan aku berbeza cara
Lain nada lain haluannya
Tak mengapa prinsip tak sama
Biar yang untung agama
Seumpama indah citra
Dek kerana nuansa warna, warna, warna

Adakalanya senduk belanga
Berlaga jua
Inikan sahabat handai
Sahabat handai
Selagi taqwa memimpin hati kita insyaAllah
Tiada ruang ego merusuh dendam insyaAllah

Moga kau dan aku tak bermusuh
Di hari hisab kita saling membela insyaAllah

Akar masih sama
Berlainan dahannya

Kau dan aku berbeza cara
Lain nada lain haluannya
Tak mengapa prinsip tak sama
Biar yang untung agama
Seumpama indah citra
Dek kerana nuansa warna, warna, warna

Nuansa warna satu citra
Siiru ala barakatillah

Kau dan aku berbeza cara
Lain nada lain haluannya
Tak mengapa prinsip tak sama
Biar yang untung agama

Lumrahlah berbeza-beza
Itu tanda kita manusia
Berkasih dalam berbeza
Itu tanda kita saudara
Seumpama indah citra
Dek kerana nuansa warna, warna, warna