Lyrics
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan tiga pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul keluhan unta didengar
Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon batu dan pergunungan
Yang dilalui Baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan (ciptaan)
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada Baginda
Dijanjikan Syurga dan bersamanya
Hingga Uhud dijanji Syurga
Rasul turut mencintainya
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu
Rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi
Walau cinta umat taruh di neraca
Pasti cintanya lebih dari segalanya
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar Baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada Baginda
Dijanjikan Syurga dan bersamanya
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar Baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
Walau tika hujung nyawanya
Resah memikirkan umatnya
Kerana sebegitu hebat cintanya
Layakkahku jadi umatnya
Layakkah aku kan bersamanya
Music Video
About
Artist Rabithah
Added 3 months ago
More from Rabithah
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,422 views
倉橋ヨエコ (Yoeko Kurahashi) - 沈める街 (Sinking Town) (Romanized)
Genius Romanizations • 3,068 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,610 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,910 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,771 views