Rabithah

KHABAR 1400 (feat. Anas Tahir)

by Rabithah

0 Views Oct 11, 2026

Lyrics

Wahai jiwa yang menanti pelukan cinta
Bukankah ada yang telah rindu sekian lama?

Pinta kau rembulan
Gugur di atas pangkuan
Sedang sinarnya setia teman
Mengiringi malam
Langkahmu disinar terang
Hingga akhir jalan

Dikhabar seribu empat ratus tahun lalu
Kau dirindu sekalipun jasad tak bertemu
Merasa keperitanmu
Tamakkan aman untukmu
Dicurah kasihnya padamu
Kaulah ikhwan yang dirindu

Wahai jiwa yang rasa tak layak dicinta
Kasihnya tulus biarpun kau tak sempurna

Kasihnya baginda tak memilih sesiapa
Walau kau si pendosa tegar
Biar jadi saksi

Pada sabda:
شَفَاعَتِى لِأَهْلِ الْكَبَائِر
(Syafaatku untuk para pelaku dosa-dosa besar)

Telah disemai cinta terpendam di hatimu
Cinta pada Rasul menanti cuitan rindu
Seperti sakar dalam cawan teh tak teradun
Sebatilah manis cinta dalam cawan kalbu

Masihkah ragu kau pada selawat dan salam harianmu?
Sedang batu pun dikenal Sang Nabi
Kerana salamnya
Inikan pula salam darimu?

Dikhabar seribu empat ratus tahun lalu
Kau dirindu sekalipun jasad tak bertemu

Dikhabar seribu empat ratus tahun lalu
Kasih Rasul memanggilmu dengan seru rindu

Di setiap munajatnya ada doa untukmu
Seolah seluruh resahnya memikirkanmu
Merasa keperitanmu
Tamakkan aman untukmu
Dicurah kasihnya padamu
Kaulah ikhwan yang dirindu