FHAN

Terbang Tinggi (feat. Liyna I$abella)

by FHAN

0 Views Sep 26, 2026

Lyrics

Berjalan atas bumi tinggal atas awan
Rasa bagai mimpi burung sangka angkasawan
Cinta dengan langit terbang tanpa segan silu
Angan-angan untuk kawan dengan langit biru

Kejatuhan industri bermaksud tukar topi
Topi letak tepi jiwa kini rasa sepi
Bukan tidak terima takdir cuma rasa rindu
Tahun demi tahun kini diterbangkan bayu

Aku mengerti andai tidak ramai yang mengerti
Tapi langit ajar aku cinta apa erti
Buat ibu berbangga ayah pun senyum lebar
Hati rasa sayu saat saja terima khabar

Aku kena pergi berpisah kekasih langit
Tidak cedera luar tapi jiwa rasa sakit
Ku tahu lebih baik Tuhan punya perancangan
Sebab Dialah yang jadikan impianku kenyataan

Hey mana kau pergi
Biasa nya kau terbang tinggi
Hari ini tak sama
Selalu nya kau ada

Hey aku menanti
Usahlah kau menyindiri
Pintaku kau terbang
Tinggi sampai ke malam

Empat lima tahun ibarat bagaikan mimpi
Terpaksa akur kerana termaktub realiti
Gergasi merentasi angkasa awan kanan kiri

Hujan jadi putera langit pula jadi puteri

Rasa janggal tak bersayap mahu redah bumi
Tiada yang mampu jelas mahu dalam rumi
Saya mahu terbang ibu katanya kat umi
Budi kamu perlu cuti balas si ibu memuji

Disini mereka belajar kenal erti kawan
Bersama-sama mereka redah guruh dan hujan
Laut serta bumi kita saksi dari bawah
Ajar yang bukan hanya bumi dan lautan indah

Tapi mereka harus pindah bumi sedang sakit
Layu lah esok sebentar lusa boleh bangkit
Memori yang mereka cipta tak perlu diungkit
Syukur pernah terbang atas langit walaupun sikit

Hey mana kau pergi
Biasa nya kau terbang tinggi
Hari ini tak sama
Selalu nya kau ada

Hey aku menanti
Usahlah kau menyindiri
Pintaku kau terbang
Tinggi sampai ke malam

Hey mana kau pergi
Biasa nya kau terbang tinggi
Hari ini tak sama
Selalu nya kau ada

Hey aku menanti
Usahlah kau menyindiri
Pintaku kau terbang
Tinggi sampai ke malam