Ustaz 3 Beradik

Tentang Kawan

by Ustaz 3 Beradik

7 Views Jun 17, 2026

Lyrics

Kerana aku ingin kita berkawan
Bukan hanya sekadar di muka halaman
Dengarlah pesanan dari seorang kawan
Kawan mengingatkan kawan kerana sayang

Tak semua kau kenal itu di susah senangmu
Ada mendekati sekadar bila perlu

Seorang kawan yang amat dipercayai
Sering menasihat dan menasihati
Dia berpesan jika disakiti jangan berdendam
Tapi cubalah membalas dengan kebaikan

Ada kawan kita rasa baik hati
Tetapi dia yang memegang belati
Di hadapan kita dia memuji
Di belakang kita dia mengeji

Tak semua kau kenal itu hadir di susah senangmu
Ada mendekati sekadar bila perlu

Seorang kawan yang amat dipercayai
Sering menasihat dan menasihati
Dia berpesan jikalau disakiti jangan berdendam
Tapi cubalah membalas dengan kebaikan

Kawanku maksudkan adalah ayahku
Yang menjadi kawan sejak remajaku

Seorang kawan yang amat dipercayai
Sering menasihat dan menasihati
Dia berpesan jika disakiti jangan berdendam
Tapi cubalah membalas dengan kebaikan

Seorang kawan yang amat disenangi
Setia kawan dan mudah berkongsi
Direndah dia tidak menjadi sampah
Disanjung tidak pula dia menjadi gunung

Segala pesanannya tersemat di dada
Kini dia telah pun tiada

Segala pesanannya tersemat di dada
Kini dia telah pun tiada