Lyrics
Untuk kau yang bijaksana
Aku sembunyikan makna
Biar akalmu yang membacanya
Bukan semua rahsia perlu dibuka
Ada yang hidup dalam jiwa
Bukan semua kata perlu bersuara
Ada yang hanya layak untuk yang percaya
Tanya aku apa rahsia, bukan semua perlu kau teroka
Ilmu itu amanah, bukan barang dagang di meja seloka
Biar diam aku bicara pada jiwa yang mahu menyelam
Kerana makna takkan tiba, pada minda yang malas mendalam
Ada kata hilang ertinya bila terlalu banyak bising
Ada ilmu hilang tuahnya bila dipertonton atas dacing
Jika tak faham jangan menghukum itu tabiat orang alpa
Yang tidak tahu diam belajar yang pura—pura cepat berbicara
Aku tak kejar tepukan, tepukan bukan ukuran
Yang menari tanpa makna hanya kosong dalam senyuman
Katamu kami berselindung tapi kami kekal setia
Menjaga hikmah dari jatuh ke tangan yang buta mata hatinya
Aku sembunyikan makna
Untuk kau yang bijaksana
Aku sembunyikan makna
Biar akalmu yang membacanya
Bukan semua rahsia perlu dibuka
Ada yang hidup dalam jiwa
Bukan semua kata perlu bersuara
Ada yang hanya layak untuk yang percaya
Bicara kau deras, isi tiada, jiwa hampa
Berlagak arif, lidah berapi, akal tak sampai juga
Bukan aku angkuh, cuma tak tunduk pada kosong
Yang menyalak lantang selalunya fikirnya tempang
Ilmu itu suluh jaga adab, baru berguna
Kata biar berisi walau sebaris asal bermakna
Ramai kejar riuh lupa diam itu bicara
Ramai jumpa permukaan, takut selam mencari punca
Tak semua bunyi jadi lagu tak semua kata jadi madah
Ada seni turun dari langit ada yang bangkit dari sejarah
Jika kau cari kebenaran jangan berhenti di tinta
Ada makna di balik makna, baca hati sebelum baca kata
Alif, ya, mim – buaya katanya
Ba, wau, ra, nga – unta pula jadi cerita
Kalau kau si bijaksana
Tolong ajar aku membaca
Kalau kau si bijaksana
Tolong ajar aku berkata
Aku sembunyikan makna
Untuk kau yang bijaksana
Aku sembunyikan makna
Biar akalmu yang membacanya
Bukan semua rahsia perlu dibuka
Ada yang hidup dalam jiwa
Bukan semua kata perlu bersuara
Ada yang hanya layak untuk yang percaya
Music Video
About
Artist XKATIRA
Added 2 weeks ago
More from XKATIRA
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,008 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,977 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,470 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,319 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,217 views