Lyrics
Mengapa ku biarkan diriku
Terbelenggu menunggu cinta
Sedangkan kau permainkan saja
Hari-hari diriku menanti
Agar kau menyedari
Katakanlah saja
Adakah kau perlu ku bersama
Ada sesuatu di dalam dirimu
Walaupun cuba ku lupa ku tetap rindu
Walaupun kehidupanku tak menentu
Ada sesuatu dalam dirimu
Ada sesuatu di dalam dirimu
Walau makin tertanya kau membisu
Walaupun hakikatnya sudah ku tahu
Ada sesuatu dalam dirimu
Ada-ada sahaja... Alasan kau berikan kepadaku
Sekian lama tanpa khabar
Tiba-tiba kau muncul semula
Apa sebenar hasratmu itu
Mendampingi daku
Penat sudah berusaha
Mungkin juga ia sia-sia
Silih hari kian ku rasa
Kehilangan dirimu
Adakah kau jua begitu...
Ada sesuatu di dalam dirimu
Walaupun cuba ku lupa ku tetap rindu
Walaupun kehidupanku tak menentu
Ada sesuatu dalam dirimu
Ada sesuatu di dalam dirimu
Walau makin tertanya kau membisu
Walaupun hakikatnya sudah ku tahu
Ada sesuatu dalam dirimu
About
Artist Elite
Added 3 months ago
More from Elite
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 5,855 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,798 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,346 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,149 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,098 views