Gaya Zakry

Senandung Hari Raya

by Gaya Zakry

2 Views Jul 02, 2026

Lyrics

Bergema takbir di pagi raya
Kanak-kanak keriangan
Bersama-sama bersuka ria
Tua muda bersalam-salaman

Ketupat aturkan di meja
Kuih muih turut sajikan
Bersalaman membersihkan dosa
Menolak sepi dan kedukaan

Senandung hari raya
Marilah kita dendangkan
Beramai-ramai bersuka ria
Salah silap dimaafkan

Senandung hari raya
Marilah kita dendangkan
Bersalam-salaman tanda sekata

Melupakan kesepian

Berkain batik baju kebaya
Gadis manis jalan berlenggang
Semua rumah pintu terbuka
Sila masuk tiada yang halang

Bersongkok baldu sungguh segak
Teruna kacak jalan bergaya
Sila naik tak perlu diajak
Sambil bermesra jamu selera

Senandung hari raya
Marilah kita dendangkan
Beramai-ramai bersuka ria
Salah silap dimaafkan

Senandung hari raya
Marilah kita dendangkan
Bersalam-salaman tanda sekata
Melupakan kesepian