Lyrics
perlukan waktu untuk bersenai
malam diberi anugerah Pencipta
lenalah durja yang sedang gemalai
Wuduklah teman bersihkan anggota
lafaz basmalah diucapkan sempurna
zikir dan doa dengan sebaiknya
nyaman dijiwa tenang sentiasa
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ اَمُوْتُ
dengan nama-Mu ya Allah
aku serah hidup dan matiku
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ اَمُوْتُ
tenang hatiku damai dalam diri
kala tidur Kau tetap ku ingati
Begitu indah aturan agama
adab tidur juga diajarkan Dia
amalkan serta hayatinya dijiwa
semoga bahagia sepanjang masa
Setelah lena bangkit berhemah
rapikan alas tidurmu
sucikan wajah kelak harimu
tenang di kalbu
Ya Allah lindungilah aku
dari godaan syaitan dan nafsuku
jadikan aku hamba yang taat setia pada-Mu
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ اَمُوْتُ
dengan nama-Mu ya Allah
aku serah hidup dan matiku
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ اَمُوْتُ
tenang hatiku damai dalam diri
kala tidur Kau tetap ku ingati
Tidurlah teman dengan sopan
ikuti sunah nabi junjungan
palingkan badan mengiring ke kanan
pipi dialas dengan tapak tangan
Ayuhlah teman kita amalkan
adab tidur dalam kehidupan
dilimpah pahala kerana ketaatan
hidupmu akan penuh keceriaan
Jadikan tidur satu ibadah
pasakkan hati kerana Allah
di sepanjang hela tiada resah
jika nama-Nya tersergam indah
Music Video
About
Artist AL-HAQ
Added 2 months ago
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,190 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,212 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,669 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,520 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,368 views