Alleycats

Sekiranya

by Alleycats

14 Views May 27, 2026

Lyrics

Sekiranya ku tahu kau menyinta
Akan ku mulakan sejak dulu
Sekiranya ku tahu kau mendustaiku
Tak akan ku serahkan cintaku

Sekiranya ku tahu kau merindu
Akan ku belaikan resahmu
Sekiranya ku tahu kau membenciku
Tak akan ku mulakan sejak dulu

Malam yang berduka membalut sepiku
Siang pun bermuram sedihnya
Bintang yang membisu menyambut rinduku
Awan pun terpaku pilunya

Kasih dan sayangku hanyalah untukmu
Walaupun kau jauh di mata
Ingin ku melupa tapi tak terdaya
Rindu pun menganggu tidurku

Sekiranya ku tahu ku terluka

Pasti ku tak akan bercinta
Sekiranya takdir sudah menentukan
Tiada gunanya ku sesalkan

Sekiranya ku tahu kau merindu
Akan ku belaikan resahmu
Sekiranya ku tahu kau membenciku
Tak akan ku mulakan sejak dulu

Malam yang berduka membalut sepiku
Siang pun bermuram sedihnya
Bintang yang membisu menyambut rinduku
Awan pun terpaku pilunya
Kasih dan sayangku hanyalah untukmu

Walaupun kau jauh di mata
Ingin ku melupa tapi tak terdaya
Rindu pun menganggu tidurku
Tidurku

Sekiranya
Sekiranya
Sekiranya