Akeem Jahat

Seimbang Rasa (OST Badak)

by Akeem Jahat

1 Views May 22, 2026

Lyrics

Umairah, Akeem Jahat, Jayd Harith, Hasmanan

Segala yang kau berikan
Segan aku segan dipujamu
Di anggap lain tiada sana
Ikhlas kah kau tak dibalas cinta

Ikhlas walau terbatas atau tak dibalas
Terimbas, buruk baik tetap gerak ke atas
Dijulang atau dijeling, tetap takkan terkandas
Patah semangat tempat membina jalan jejantas
Jelas atau kabur semua buta masa depan
Selagi minat pernantian pun tak rasa beban
Walau nampak bertrabur, jalan cerita teratur
Mengisah ape saje mesti ada yang terhancur

Jagalah ruang hatimu
Risau nanti ku tak menimbang rasa
Menimbang sayang hasrat tak sama
Takut nanti menderita

Beri tempat harap, slagi mampu sanggup hadap
Walau diperlaku sarap, asalkan masih mujarab

Berbekal rasa, akal masih beruang
Beruntung kalau jasa saling boleh berhutang
Tak payah ulang, terpampang isi hati
Smua niat dah terlentang, tak yah merisik lagi
Nasib tuan badan, cuma tempat luah ilham
Tulus nak berbakti, harap hati tak ditikam

Andai kata aku pun mahu
Bagaimana aku nak terang
Rindu selalu melandai jiwa
Tapi kau bukan milik ku sorang

Kasih tak berbagi atau rasa serik
Genggam sampai hari mata dah tak tercelik
Sampai bile ruang dalam jiwa tak sempit
Untuk kau sorang berperang tak rasa perit

Kasih tak berbagi atau rasa serik
Genggam sampai hari mata dah tak tercelik
Sampai bile ruang dalam jiwa tak sempit
Untuk kau sorang berperang tak rasa perit

Mungkin kau belum mengerti
Bagaimanakah jadinya nanti
Merindu tak sampai hati
Tak kekal dan abadi