Lyrics
Percikan kasihmu, salju ku terasa
Rindu yang melandaTak bisa kupadamkan lagi
Walaupun menikam jiwa
Kuturutkan semau hatiku ini
Betapa kucinta
Padamu yang kudambakan
Lama telah kuidamkan
Mentari cinta di gerhanaku
Pasti mampu menjulang kasih
Di terminal rindu
Tak pernah ku terkilan
Andai siapa milikmu sebelumku
Yang kupinta kejujuranmu
Untuk ku berteduh
Oh, kasih, berikan sinar pada cinta kita
Semoga hilang kesangsian
Tak kupersendakan cinta yang dilafaz
Biarlah mekar subur di jiwa
Lama telah kuidamkan
Mentari cinta di gerhanaku
Pasti mampu menjulang kasih
Di terminal rindu
Tak pernah ku terkilan
Andai siapa milikmu sebelumku
Yang kupinta kejujuranmu
Untuk ku berteduh
Oh, kasih, berikan sinar pada cinta kita
Semoga hilang kesangsian
Tak kupersendakan cinta yang dilafaz
Biarlah mekar subur di jiwa
Sucikah cintamu seperti cintaku
Yang sanggup berkorban keranamu?
Walaupun kusangsi, kutetap padamu
Kerana cintaku hanyalah satu
Sucikah cintamu seperti cintaku
Yang sanggup berkorban keranamu?
Walaupun kusangsi, kutetap padamu
Kerana cintaku hanyalah satu
Kekasihku
Kekasihku
Music Video
About
Artist X
Added 3 months ago
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 5,866 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,814 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,353 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,163 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,110 views