Rahmat

Nota Di Ruang Usia

by Rahmat

5 Views Aug 04, 2026

Lyrics

Persaingan lambaian
Sayupnya nilai kawan
Siapakah dia
Matanya berkisah
Waktu yang sama engkau jatuhkan

Sapu tanganmu
Hadiah dariku
Di hari lahirmu
Yang baru lalu
Sesatkah aku di halamanmu

Kerana terlalu menyandar rasa sepenuh hatiku
Ku mengutipnya
Kau tidak mengerti atau sengaja kau menyakiti
Serta menduga

Keluhuran diriku ini
Biar ku ukir di fikiran
Memori bersamamu dulu
Bersatu di perasaan

Pasti di suatu masa engkau kan terpacak
Sebaris noktah di wajahku
Sinaran nilam setia seabad lamanya

Kerana terlalu menyandar rasa sepenuh hatiku
Ku mengutipnya
Kau tidak mengerti atau sengaja kau menyakiti
Serta menduga

Keluhuran diriku ini
Biar ku ukir di fikiran
Memori bersamamu dulu
Ku simpan sapu tanganmu
Andai di suatu masa kau ingin semula

Biarpun sapu tanganmu
Lusuh teredam masa
Ku tetap beri harap

Bersatu di perasaan
Pasti di suatu masa engkau kan terpacak
Sebaris noktah di wajahku
Sinaran nilam setia seabad lamanya