Alleycats

Musnahnya Satu Ramalan

by Alleycats

10 Views May 27, 2026

Lyrics

Angin malam menyentuh romaku
Dinginnya mencengkam di kalbu
Sepi dalam pengharapan ini
Menghayun buaian khayalan
Semasa cinta sedang membara
Antara kita berdua

Kini musnah segala ramalan
Pabila terputus hubungan
Dengan tanpa alasan kau pergi
Yang tinggal hanyalah kenangan
Tergantung di hati

Aku hanya bisa meramalkan
Satu hubungan yang kekal dan bahagia
Ho

Untuk selama-lamanya
Untuk selama-lamanya

Hanya Tuhan yang menentukannya
Bahagia ataupun derita
Aku hanya manusia biasa
Menurut segala suratan yang ditentukan

Aku hanya bisa meramalkan
Satu hubungan yang kekal dan bahagia
Ho
Untuk selama-lamanya
Untuk selama-lamanya

Hanya Tuhan yang menentukannya
Bahagia ataupun derita
Aku hanya manusia biasa
Menurut segala suratan yang ditentukan
Walaupun aku terasa seksa di jiwa