Ibnor Riza

Menempah Kasih

by Ibnor Riza

1 Views Dec 06, 2025

Lyrics

Kini mula daku menyedari
Siapa sebenar diri ini
Sebuah kasih yang telah ku tempah
Hanya sekadar angin yang berlalu

Musnah cinta dibaluti sepi
Mencengkam dada diri sendiri
Tersalah langkah cinta ku beri
Menempah kasih pada yang tak sudi

Termenung daku dipinggiran danau

Dibawah lembayung angin senja

Sebak dada ku dibaluti derita
Mengenang kasih yang tak sampai
Hingga terpedaya ikatan bahagia
Pada sidia yang begitu setia

Daku mula menginsafi diri
Agar tidak kan terluka lagi
Tersedar aku dari lamunan
Bahawa diri ku dimiliki