Lyrics
Dipenuhi rahmat juga kemuliaan
Padanya Al-Quran telah diturunkan
Wahyu pertama telah disampaikan
Lailatul Qadar di bulan Ramadan
Para malaikat sebarkan ganjaran
Lebih baik daripada seribu bulan
Tingkatkan ibadah lebihkan amalan
Madrasah Ramadan mendidik hati
Menyuluh jiwa yang gelap sunyi
Awalnya rahmat menyapa nurani
Tunduk berserah kepada Ilahi
Pertengahannya bak embun pagi
Menyuci dosa yang lama berdaki
Gerbang maghfirah luas terbentang
Menanti insan kembali pulang
Lailatul Qadar di bulan Ramadan
Para malaikat sebarkan ganjaran
Lebih baik daripada seribu bulan
Tingkatkan ibadah lebihkan amalan
Di penghujungnya haruman syurga
Menyambut insan yang telah berjaya
Terlepas dari azab neraka
Kerana taqwa mekar di jiwa
Ramadan medan tarbiah diri
Melentur nafsu menyemai budi
Usah biarkan Ramadan pergi
Tanpa mendapat ampunan Ilahi
Music Video
About
Artist Inteam
Added 5 hours ago
More from Inteam
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 5,809 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,657 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,304 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,091 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,061 views