Anita Sarawak

Logamaya Cinta

by Anita Sarawak

8 Views Jun 19, 2026

Lyrics

Di saat ku mencuba melupakannya
Kau hadir menjelma di hatiku yang sepi
Memujuk diri ini mengubur derita
Menawar diri mengganti kasih yang pergi

Kukecewa kerana dia
Kau hadir mengubat hati yang terluka
Berulang kali aku coba menolak pintamu
Rasa di hati kini pun menjadi rindu
Kata janji manismu melengah curiga
Kelembutanmu membenar cinta kedua

Namun Tuhan maha kuasa
Menyedarkanku dari khayalan rasa

Kini nyata semuanya palsu belaka

Terulang cerita lama
Kau ciptakan sebuah logamaya cinta
Di gurun kasih yang terluka
Mujurlah aku terjaga dari mimpi

Kukecewa kerana cinta
Hadirmu hanya menghulur kasih dan dusta

Kisah pilu pun berulang melanda diri
Parutku berdarah kembali
Kau ciptakan sebuah logamaya kasih
Di gurun cinta kehausan
Mujurlah aku terjaga dari mimpi

Kini nyata semuanya palsu belaka
Terulang cerita lama
Kau ciptakan sebuah logamaya cinta
Di gurun kasih yang terluka
Mujurlah aku terjaga dari mimpi