Lyrics
Moga masa ini kekal selamanya
Kamu, kamu, kamu, di doaku selalu
Walaupun badai melanda
Ku akan pelihara bunga cinta
Cinta umpama suara
Yang tak melantunkan gema
Ikhlasnya tak mengharapkan balas
Di bawah matahari tertawalah!
Berdendang berdansa sebebasnya
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini senantiasa
Walau di tengah kemeriahan
Dan tidak pun diperhatikan (Sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah sekadar denganmu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa
Dengan hangat cinta
Andainya hatimu gundah gulana
Ku akan mendengar penuh setia
Sepayung berdua, hujan kita tempuh bersama
Bergenangan air mata
Dari jauh jariku menyеkanya
Bergelombanglah asmara
Mengеmbang tak bersuara
Dirimu punca kehadirannya
Usah menyerah dengan duka lara
Pandanglah angkasa penuh cita!
Pabila dirimu dalam fikiran
Satu kebetulan membawa pertemuan
Sekali seumur hidupku
Itulah keajaiban (Jaga ...)
Pabila dirimu dalam fikiran
Kepada Tuhan kupanjar kesyukuran
Lihatlah masa depan menanti
Pasti akan abadi
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini senantiasa
Walau di tengah kemeriahan
Dan tidak pun diperhatikan (Sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah sekadar denganmu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa
Dengan hangat cinta
Pasti akan abadi
Music Video
About
Artist KLP48
Added 2 weeks ago
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,155 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,152 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,629 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,485 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,337 views