Zamree

Kerana Bunga Berduri

by Zamree

0 Views Oct 17, 2026

Lyrics

Engkau hanya
Indah khabar dari rupa
Kata-kata manis di bibir sahaja
Tiada bermakna

Siapa pun pastikan padam harapan
Siapapun akan membunuh impian
Bila berhadapan
Dengan kenyataan

Aku oh terpedaya
Oleh kepalsuan
Indah berkelipan
Kaca berwajah permata
Ku sarung di jari
Hatiku terluka

Kau sungguh jelita
Aku terpesona
Oh kerana cinta oh pandang pertama

Oh oh kerna paras rupa

Aku yang kecewa
Rupanya bunga yang berduri
Beracun di hati
Pandai kau berhelah

Cukuplah sekali
Takkan ku ulangi cerita ini

Aku oh terpedaya
Oleh kepalsuan
Indah berkelipan
Kaca berwajah permata
Ku sarung di jari
Hatiku terluka

Kau sungguh jelita
Aku terpesona
Oh kerana cinta oh pandang pertama

Oh oh kerna paras rupa
Aku yang kecewa
Rupanya bunga yang berduri
Beracun di hati
Takkan ku ulangi