Tushee

Katakanlah Kepadaku

by Tushee

7 Views Jun 04, 2026

Lyrics

Katakanlah kepada ku
Adakah engkau sayang pada diri ku
Katakanlah terus terang
Agar ku tahu perasaan hati mu

Jangan biar ku tertunggu
Makin lama ku rasa resah gelisah
Jika benar engkau sayang
Buktikan cinta mu kepada diri ku

Janganlah engkau perdayakan
Perasaan hati ini
Tak guna berpura pura
Nanti hati ku terluka

Kalau engkau tidak suka
Biar aku bawa diri
Kerana aku tahu siapa diri ku

Buahlah naga di atas dahan
Hati dah suka tidak boleh tahan
Daun mengkudu didalam perahu
Hati ku rindu tak siapa tahu

Buah kelapa jatuhnya melayang
Hendak ku lupa semakin sayang

Cinta bukannya paksaan
Lahir dari hati murni

Cinta bukan permainan
Tak boleh dijual beli
Kalau sudah tiba masa
Jodoh pasti datang jua

Itulah saat yang indah paling bahgia
Apalah guna intan dan permata
Jikalau cinta tidak bahgia
Luka dimata nampaklah darahnya
Hati yang luka pedihnya di dada

Puaslah aku mencurahkan rindu
Akhirnya aku di tinggal selalu

Katakanlah kepada ku
Adakah engkau sayang pada diri ku

Katakankah terus terang
Agar ku tahu perasaan hati mu
Jangan biar ku tertunggu
Makin lama ku rasa resah gelisah

Jika benar engkau sayang
Buktikan cinta mu kepada diri ku

Janganlah engkau perdayakan
Perasaan hati ini
Tak guna berpura pura
Nanti hati ku terluka

Kalau engkau tidak suka
Biar aku bawa diri
Kerana aku tahu siapa diri ku