K.O.I

IOK

by K.O.I

11 Views Aug 18, 2026

Lyrics

Apa orang mau buat semua dia mau buat
Orang buat lagu dia mau buat lagu
Orang mau nyanyi dia mau nyanyi
Itu pasal saya mintak tolong tuan kidnap sama dia la

Kalau awak mau saya kidnap sama dia
Hari Isnin boleh la
Kalau kau tak mau kidnap dia ini hari
Saya panggil lain penyamun

Kalau awak berani mencari lain penyamun
Seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakkan

Belum satu Ramadan
Lagu yang terbaru dah keluar dan
Semua busy pakaian nak sepadan
Nak mengajak orang lupa teladan
Kalau lagu sedap boleh ampun
Tapi sekali dengar dah macam pon
Inikan Malaysia bukan Jepun
Aku mohon jangan berlakon
Depan telifon sedeh konon

Korang fikirlah sendiri siapa dia atau dia
Lagu solo satu band atau berlima
Ada money lagu jadi bikin MV boleh pergi
Post di YT sekali TT semoga lagu FYP

Bulan mulia dicemar parasit penyanyi suara kepit
Dia sebuk nak menyelit bila cakap pun dah bingit
Bunyi macam nak terkincit macam dada kena cubit
Buang hadas keluar duit

Mereka suka lakukan demi popular
Dicaci maki hamun tapi kebal lah pula
Hanya dunia semata boneka si pekak telinga
Menari menyanyi bebal semakin bertambah
Janji duit masuk poket tebal asyuk
Lagi kecam lagi suka
Jadi glamour makin kaya gila-gila

Harta berkoyan koyan
Kenikmatan kebodohan dahagakan pujian
Minta nama dijulang
Kecaman tomahan carutan itu yang di kejar
Jiwa tumpul hati gelap
Mana arah tanpa noktah
Belum puas dengan apa
Yang kau ada segalanya

Sibuk bersiap puasa tinggal sepi
Mengejar harta saham dosa dicari
Bulan mulia tapi hati tak murni
Berpuasa tapi nafsu lupa dikunci

Nates terikat tapi kenapa kalah
Adakah cuma tahan lapar dahaga
Sotong gurita daki berwarna merah

Kata puasa tapi niat tak sama

Berbalik-balik cerita yang sama
Tiada benda lain selain drama
Buat benda suka buat orang marah
Mintak maaf bila tiba hari raya
Bila kene tegur dia terpaling so so
Mintak kene kecam views terpaling go go
Bad views bad news bad life wey
Next month next year ulang lagi

Tiada benda lain melainkan kena main
Puasa belum habis maaf zahir batin
Matlamat tetap sama mak lu mat dapat nama
Nak nampak paling ada nak nama
Tak pernah nak rasa bersalah bak
Cuma nak rasa hak terpaling benar
Sehingga lupa adabnya di mana
Asal dapat rating views berjuta

Biar semua orang kecam ey
Sampai famili mu terancam ey
Pergi mana pon orang dah cam ey
Maruah tanam dalam dalam ey
Bila orang marah kau cakap tak apa
Aku pakai duit aku bukan kau derr
Walau lagu hodoh tapi meletop jer
Kau sakit mata tapi aku makin kaya

Amboi makcik harta bukan boleh beli segalanya
Orang kata duit sila guna ke jalan yang benar
Ewah pakcik poket kau tebal mana
Mati nanti semua tu kau tak bawa
Tengok langit betapa keciknya manusia
Ada duit tak akan jamin kau ke syurga

Lelong-lelong mari encik mari tuan
Lelong ya maulana ya siddiq ya habibi
Lelong-lelong pilih saja lagu yang mana ente suka
Ente tak pandai nyanyi janji ada duit semua suka lelong lelong lelong

Sibuk bersiap puasa tinggal sepi
Mengejar harta saham dosa dicari
Bulan mulia tapi hati tak murni
Berpuasa tapi nafsu lupa dikunci

Nates terikat tapi kenapa kalah
Adakah cuma tahan lapar dahaga
Sotong gurita daki berwarna merah
Kata puasa tapi niat tak sama

Sibuk bersiap puasa tinggal sepi
Mengejar harta saham dosa dicari
Bulan mulia tapi hati tak murni
Berpuasa tapi nafsu lupa dikunci

Nates terikat tapi kenapa kalah
Adakah cuma tahan lapar dahaga
Sotong gurita daki berwarna merah
Kata puasa tapi niat tak sama