Rahmat

Intan Dan Kaca

by Rahmat

7 Views Aug 01, 2026

Lyrics

Kerana cinta aku berdosa
Pada ibu yang menyayangiku
Di antara kasih dan cinta
Kasih ibu lebih mulia

Cinta kau beri berlandaskan ganjaran
Bersukat rapi penuh perhitungan
Kabur aku akan kenyataan
Diperdaya senyumanmu

Nada manis kekosongan
Yang sering kau lafazkan

Dilamun cinta lupa ku segalanya
Dikala luka siapa yang menerima
Hanya ibu membuka hatinya
Membelaiku penuh mesra
Zahirnya intan yang berharga
Rupanya kacanya yang mulia

Zahirnya intan yang berharga
Rupanya kacanya yang mulia