Hidup Kita Tak Sama

by Eabidak

0 Views Oct 15, 2026

Lyrics

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku

Ku bukan taknak layan tapi ku rapper dan bukan pelayan
Aku hanya tahu tulis ayat panjang kertas sampailah
Lagu aku menjadi lumayan
Suara aku mungkin nampak perlahan mungkin ramai
Sedang ketawa sambil membahan
Ada pertahan jadi ku cuba bertahan walau patah
Dua dahan

Tidak punya studio atau orang besar
Tidak masuk radio atau guna kata kasar
Tidak fasih audio atau ilmu dasar hanya mampu tunggu
Lagu aku tular
Lagu aku bagai penyakit dan juga ubat merebak merata
Buat orang sihat
Tutup mata tapi hatiku melihat siapa dengan aku buat
Baik atau jahat

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup aku dengan aku

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup aku dengan kau

Rasa dalam hati bergelora mati diadun sebati lagi
Sampai jadi pati
Tak ramai hayati nampak tunggul tapi sebenarnya
Setajamnya bak tombol belati
Ya masih jauh lagi itu fungsi usaha
Cubit peha kiri peha kanan rasa
Jaga bahasa walau lama masa
Tanpa sedar aku sudah pun dewasa

Belajar tanpa berfikir sia-sia
Berfikir tanpa belajar itu bahaya
Tanpa cahaya pokok juga tak bermaya

Perbaiki diri tanpa jatuhkan orang lain
Fikir tentang diri sebelum kacau tepi kain
Jangan main angin boleh jadi taufan
Tukar pakaianmu jadi kain kafan

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku

Aku mahu ibu ayah hidup senang
Aku mahu adik-adik makan kenyang
Aku dan kau berbeza kau patut tahu
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku
Jangan pernah samakan hidup kau dengan aku