Desire

Hati Menangis

by Desire

26 Views May 13, 2026

Lyrics

Dulu pernah aku bercinta
Tapi aku sengsara oleh cintamu
Membuat aku melara
Hingga kini terimbas lagi
Betapa kau tidak setia
Hancur berkecai harapanku

Cuba engkau kenang kembali
Betapa aku jujur dan setia
Tidak pernah aku berubah
Hanya engkaulah kekasihku
Yang kupuja yang kusayangi
Namun tak mungkin kau datang lagi

Biarlah ku mengharungi derita
Asalkan kau bahagia
Lupakan sahaja pada diriku ini
Kepadanya tempatku mengadu
Yea hey hey

Aku sering saja menyepi
Memikirkan hidupku ini
Tanpa dirimu
Kadangkala hati menangis
Biar aku terasa pedih
Garisan luka yang masih bara
Aku masih rindu kepadamu oh oh

Bila sepi aku terbayang
Kenangan kita berdua
Pilu terharu
Kadangkala hati menangis
Hanya engkaulah kekasihku
Yang kupuja yang kusayangi
Namun tak mungkin kau datang lagi

Biarlah ku mengharungi derita
Asalkan kau bahagia
Lupakan sahaja pada diriku ini
Kepadanya tempatku mengadu
Uh uh
Iye he iye