Lyrics
kerana ia fitrah semulajadi manusia
dimana ketenangan dan dimana bahagia
pada harta pangkat dan kuasa atau pada kecantikkan wanita
kalau disitulah kebahagiaan
mengapakah jutawan berpenyakit jiwa
kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi saja
mengapa yang punya kuasa berkrisis saja
mengapa gila wanita selalu kecewa
dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia
sudah lama manusia mencari tiada jumpa
terumbang ambinglah mereka
ditengah kemodenan hidupnya canggih tapi jiwanya tersisih sedih
manusia kehilangan kebahagiaan walau sentiasa memburunya
yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan
harta pangkat dan kuasa jua wanita
semuanya menipunya manusia kecewa dimana-mana
dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia
ya Allah itulah Tuhan sumber kebahagian
kenali dan cintailah Allah kerana Allah menyintai kita
cintakan Allah tiada kecewa
beriman kepada Nya dan sembahlah Dia
ikuti syariat Nya tawakkallah kepada Nya
mintalah kepada Nya berbaik sangkalah kepada Nya
itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara
nikmat bahagia pasti dirasa
About
Artist NadaMurni
Added 3 months ago
More from NadaMurni
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 5,854 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,797 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,346 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,148 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,098 views