Dengarkan Ketika Sedih IV

by Eabidak

0 Views Oct 15, 2026

Lyrics

Ianya lukakan aku lihat ramai menangis
Ketawa dan senyum palsu walaupun hatinya dihiris
Dengan wajah indah manis hatinya secebis
Putus asa sudah bunuh diri nyaris ah

Aku tahu mereka sedang rasa kosong
Ku rasa tak berguna sebab tak mampu nak tolong
Apa yang boleh ku dorong
Sedang diri ku sendiri dalam dunia kegelapan punya lorong
Aku gembira itu bohong aku nak mati masih bohong
Ku tahu yang kau mahu hanya masalah kosong
Tapi hati stress berkampung hingga hidup kau itu kau tak nak sambung

Jangan begitu rasa itu aku tahu
Peluklah aku tak pernah jumpa tapi rindu
Dirimu bernilai jangan bagi orang nilai
Selalulah berdoa sebab itulah perisai

Jangan menangis lawanlah ya engkau mampu
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu
Jangan menangis dengarlah tika kau perlu
Aku ada untuk kamu

Jangan menangis lawanlah ya engkau mampu
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu
Jangan menangis dengarlah tika kau perlu
Aku ada untuk kamu

Kepada mereka yang tak mengerti hanya menghina
Golongan yang perang dengan hati diragut jiwa
Hanya tahu kata yang depresi tak beriman
Sedangkan malam mereka menangis pada Tuhan

Oh Tuhan tunjukkan aku jalan
Ku tahu engkau sayang jadi kau bagi ujian
Ku tahu engkau rindu sebab mahu perhatian
Dari hambamu yang lemah berbekal iman

Jangan pandang masa lampau pandang masa depan
Dulu kau melampau tapi itu hanya acuan
Tak perlu jadi malaikat hu engkau manusia
Orang yang baik juga buat benda yang sia-sia

Ada bayang itu tanda adanya cahaya
Jadi percaya lawan walaupun bahaya
Tak berdaya bukan alasan untuk tak berjaya
Dengarlah nasihat ku walau kau dianggap beria

Jangan menangis lawanlah ya engkau mampu
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu
Jangan menangis dengarlah tika kau perlu
Aku ada untuk kamu

Jangan menangis lawanlah ya engkau mampu
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu
Jangan menangis dengarlah tika kau perlu
Aku ada untuk kamu

Sudah verse yang akhir tak perlulah fikir
Rapatkanlah bibir dan rambutmu engkau sisir
Senyumanmu cantik kekalkan di bibir
Jika tak mampu mari sini aku kan ukir

Berapa banyak air mata yang harus kau bazir
Bunuh diri dan neraka itu sangat hampir
Jika perlu apa-apa aku akan tampil
Muntahkan dukamu dan bakinya ku kan ambil

Jika perlu aku ada dia ada kami ada
Dari yang miskin hingga yang berada
Ceritakan sudut hatimu yang hitam biarkannya hilang
Hatimu itu bukan lagi kilang

Sudah ku bilang tak perlu jadi permata
Jika mahu dicinta tak perlu harta berjuta
Dan ini fakta sebab ku tak pandai tipu
Dengarkan ini lagu tika sedih atau sendu