Ayien Rahman

Dalil I

by Ayien Rahman

17 Views Apr 02, 2026

Lyrics

Matlamat dan hasrat
untuk selamat martabat
Disekat kan teramat
jiwa raga di tambat
Tiada indah kenangan tukar kesengsaraan
Sakit sempit di saran
di didik celik di amal
Selepas takwil firasat
Harta tidak beli dek hati
Nafsu serakah peneman ada azab kau nanti
Talam permainan mendalam
bergerak di karam
Tanggung qadam yang tiada
tanggungajawab dan faham
Merintih sebab cinta?
Itu dunia berhias
Tinggal kan aku kemudian
lu takut di bidas
Berbelas das sepantas
kau tusuk di qalbu
Kabur layu dikira pulak
emosi yang mahu
Mata mata yang merah
ku ikut arus takdir
Takrif luaran anasir seru
ku kan dtg tampil
Madah mudah ditadah
si pintar dah di ludah
Ijazah ku bermadah
tidak bergantung pada sekolah
Ayien di mana Ayien?
corak gelombang bergerak
Main sekadar main
lain lawan bila teriak
Kelulusan peringkat perhati satu persatu
Tahapan paut di dahan
kemudian nak nombor satu
Ujian mula beryuran membiayai sokongan
Jumlah di tempat duduk
orang sama naik kedepan
Mungkin nasib
bukan formula misi
Visi dibentang beribu ribu
semua beritma pasti kau di tentang
Ini ada berselirat syarat syarat lazat
Darah yang mengalir kita dawai nya urat
Komunikasi berkrompomi korupsi komunis
Kau mula tak puas hati
sedang kan kau tak berbaris
Catur orak diatur ada yang porak campur
Ada yang borak sungguh
ada otak nya lumpur
Sorak sorak yang bising
sorok perangai nya jin
Seelok-nya kau ekori
perjalanan punya scene
Jika aku teringin
angin rasa nya dingin
Jika di pihak lawan
serbuan bagai anjing
Mula mula nya aku
kemudian nya kamu
Nak ku sebab kan lagu
atau sebab benar mahu
Ayuh ku kayuh lari ke sempadan bermutu
Gadis ayu nya uji jangan layan semua tu
Konon ku gembira hakikat borak
dengan syaitan
Pagi lagi berlagu
jangan layan Ayien tak siuman!
Berjuta lirik ku dah bahagi bina buku
Laku ku dalam lagu tak pernah penuh saku
Sukar dalam ini game jalan asyik buntu
Tumbuk sepak terajang baru
kau nak membantu?
Kesal diri aku yang tak pernah lekat
Jalan ku tidak sesat
surat ku saja kata kesat
Memori tu motivasi pelajari bagus diri
Tapi bangga bongkak
bukan ku punya puisi
Alas alasan cantik
kias bidas tak dicarik

Tanda kan tempat aku
sebelum kau aku tarik
Dulu pernah aku tempah
bersungguh tabah bertambah
Namun tempoh di suluh
terlewat ku berteduh
Musim berganti musim bilik teman abadi
Bertapa pagi hari tahmid untuk yg abadi
Simpan satu satu biar aku bagi nanti
Untuk sorang gadis ini
dia sorang di kecuali
Itu semua menipu
gadis berbumbung nafsu
Lari mana mau lari
lubang bumi kan ku buru
Ku saran kan kau sasarkan
sandaran pada aku
Santapan dan sarapan
ku tuju pada Qalbu
Seangkatan berpantun di plantun bersiul
Kan ku balun alun nya ton
bagi kau terus biul
Yang meniru mencuri
copypaste "sirah bumi"
Daif ilmu sahih tandus
kau tiru lagu "sahabat nabi"
Bertalu ku di uji
sampai dahi sembah bumi
Kontang kanting di Armada
asyik nya ku dikeji
Dan mengaji saji taji
tolak tentang imbuhan
Walau hidup ku miskin
lagu untuk mu ku hiburkan
Ku hidup kan sejarah Islam
kata ku cari nama?
Makin lama berdiam
dikata ku tunggang agama?
Benar ka? Maka karma
di kamar makam hamba
Beza ku Rutab Tamar
bak Anbar Ainul tamar
Seterusnya penipuan
datang terus mengusik
Tinggal kan harapan
hadapan harapan berkudis
Qalam bersulam kan nafsu
nafsi sisa nya iblis
Tersisih ku terpinggir
ditindih till hati hitam mendindih
Bara nya semakin naik
jangan cuba kacau aku
Tak kira siapa saja
mainstream pun aku sapu
Tatapan dan ketetepan
Takda tawaran ditetapkan
Tak pendapatan Tak bertempatan
Tak kesempatan Tak berminat dan
Tak terkata dengan
Dunia jahil serta haru biru
Asbab punca mendongak fasa 5 berkubu
Fasa firasat takwil
firasat ku bersetuju
Fitnah dengan nya Mehnah
sejak zaman nya Andalus
Jadi ku tak nak ikut campur
tentang urusan kamu
Siapa yang tertangkap tangkap
serangkap catit di bahu
Lu mahu Azab Saqru, Dan Sakaratul Maut
Lu mahu Luza Sair diseksanya hidup hidup
Muka muka nya banyak berupa
Rupa rupa lupa kata celupar
Hidup sabar akhir Masyar kau kan suka
Janji Allah, Rasul tu benar, Islam benar
Realiti indah macam bintang
but terdampar
Lapar nama lapar harta
tapi tidak "masa"
Balik tabir bulan

tidak kan selalu nya cerah
So lebih baik bertindak
sebelum semua musnah
Pabila dikecam kejam semua akan mengikut
Soal selidik kalut kualiti yang mengarut
Dari zaman kejahatan
ku lagi sudah berfikir
Biar kan aku lain
asal kan tak sama takdir
Mereka kelompok bermain
ku solo nya berfikir
Biar orang tengok bosan
janji ku bisa nya mahir
Ku bisa hadir pabila diserangan terakhir
Di selangkah yang akhir
ku bentang kitab tafsir
Mungkin dulu ku jahil itu waktu di murka
Waktu duka dan cita ku daki menderita
Ku lalui seorang dari awal nya cerita
Tunggang terbalik waktu aku tiada nama
Riwayat nya ini dalil yang ku sajikan
Segala penderitaan perjuangan ku lakukan
Semoga ku tetap utuh teguh
berdiri tak roboh
Sudah tulis semua ini
ku akhiri di waktu subuh
Belum habis rangkap ini iya nya ku hurai
Tak murai but ku tunai
tuk mengalir bagai sungai
Yang mana meniru idea just ubah suai
Kukerah otak sampai malamnya Qiyamullail
Seumur hidup yang ku mahu
suara ku didengar
Kesedihan yang ku lalui
dihina dan dibiar
Jadi ku pergi bagai
Jaafar hijrah ke Habsyah
Pikul beban bawa doa
walau jatuh di lembah
Walaupun aku rebah, imbaskan Rasullulah
Tragis dilalui sebelum battle of Badar
Battle of Uhud rahmati Musab bin Umair
Saidina Hamzah juga
walaupun nya dah terburai
Meski ku tafakur usia bumi dah pun uzur
Tumbuh generasi fitnah
moga cepat dikubur
Dulu tangisi cinta macam dia pulak mahal
Tengok zahirnya okay but
tudung cuma hiasan

Kiasan sesalan sialan bersiulan
Susulan ku singkatkan tontonkan disiaran
Tengokku nanti qalam
aksaraku dah disebar
Time tu kau kan bergoncang
hati kau dah berdebar
Rata rata rasa rasa sukar berserta leka
Suka duka cita kata kata kau takkan peka
Ayien belum terlambat
tapi dekat nya mangkat
Kan ku rembat
siapa yang suka mainnya sebat
Ku lalui kehidupan yang mana ku digari
Makan tiada gula manis tiada simpati
Waktu tu ku rasa hidup ku
sudah hampir musnah
Namun berkat nya doa Tuhan Maha Pengubah
Angkatan seangkatan kan tiba haru biru
Kesesakan tekanan ku pikul
dosa beribu di bahu
Tiru aku?
Nak kejar nama ataupun nak laku
Seterusnya menipu kejar view yang beribu
Aku orang first bentang sirah dalam rap
Tentang sahabat nabi
walaupun Youtube reject
Ku buat bukan sekali, nak cuba cari nama
Before lagu Islam
4 ratus ribu views dah ku ada
Yang palsu yang mengikut
dan kalut dan kelaut
Di angkut nya idea langgar semua senior
Ikut suka lah sebab dunia ini sementara
Ketaranya jalan bila amalan dah dilupa
Terkadang ku begitu
kerna bergantung dek emosi
Makin nya lagi sedih
makin tambah gelap hati
Makin gelap nya hati
makin lagi ku pendam
Makin lagi dipendam
wujud iblis yang direjam
Jiwa yang bergelora
berontak ku menghurai
Tanam jiwa yang mati
kerna diri selalu cuai
Tambahan cinta karut
dan harapan palsu yang tinggi
Suka janji kemudian bosan dan cabut lari
Topik paling aku benci
paling malas nak ingat
Takut tercaci maki
so please tolong beringat
Ku berada dalam scene ini
sangat bersusah payah
Cuba bagi mereka dengar ku punya derita
Pintar di sita hiba sita di biar hina
Penjurus ku di tinta bisa nya ku di pena
Tahap gaban
ku bina agar nya kan bersinar
Kali ni kuasa veto tak berpaling
yang menghina
Tak pandang ke arah ku
kerna rasa nya takut
Betina dah berdebar
takut nama nya dah muncul
Takut Ayien mengarut musuh pun aku sahut
Apatah ada isu lagi lah aku angkut
Tapi biar seketika
bukan topik tu yang penting
Mulut aku menutup
kalau buka lagi melenting
Jadi jangan tipu aku ambil tahu
Nak belah rasa mahu
cari aku itu tanda cari maut
Jangan kritik macam dia
Tak kenal Ayien Rahman
direct nak menghina
Cuba masuk live aku
berapa sahabat ku bentang
Ini bukan nya riak
jelas pada yang kata "TIDAK"
Ku sudah terang
Abu Bakar Umar dan Uthman
Ali dan Zubair
Talhah Ubaidilah Abdul Rahman
Said bin Zaid Saad
dan Abu Ubaidah Al Jarrah
Ni semua sahabat
Al Mubasyirun Bil Jannah
Benar aku jahat saat disekolah ku lembab
Tu pengajaran pengalaman
tuk di ubah akhlak
Sabar ku belajar kisah nabi Pulau Kaab
Supaya nantinya dapat
peringatannya taubat
Malam ni yang sunyi seribu satu cerita
Kusentiasa rindu Rasullulah punya cerita
Walau 1400 tahun rasa macam semalam
Rasa bersama mereka sahabat akhlak mulia

Namun ku takut susah hati serabut
Kekacauan di minda
sampai benda ni menurut
Jadi biar kan aku dulu rahsia disembunyi
Di sudut hujung Qalbi
yang tahu hanya Ilahi
Topeng ku lindung silam buruk
yang tertusuk di lubuk qalbu
Dah buruk terpuruk lama bak suluh
kutuk kan tutup biar tumbuh kan utuh
Kukuh dan merebak ke pelusuk
tak kan biar kan ku gugup
Cukup ini penutup
Assalamualaikum..