Aniq Muhai

Ceriteraya

by Aniq Muhai

3 Views Mar 07, 2026

Lyrics

Ziarah hari raya
Ragam pelbagai rupa
Ada main phone saja
Ada sembang tak sudah

Sesekali ditanya
Pangkat, kahwin dan kerja
Aku pun senyum tawar
Doa yang baik saja

Ceritahari raya
Asam garam jalinan sesama kita
Santunilah dengan senyum manis dan indah
Sebulan kau jernihkan hati mesra
Menghadap Tuhan
Inilah masanya kau jernihkan
Hubungan sesama insan

Ada flexing bergaya
Sampai FOMO salah cara

Aku slow living saja
Syukur apa yang ada

Cerita hari raya
Asam garam jalinan sesama kita
Santunilah dengan senyum manis dan indah
Sebulan kau jernihkan hati mesra
Menghadap Tuhan
Inilah masanya kau jernihkan
Hubungan sesama insan

Bermaaf-maafanlah
Budaya luhur kita
Takut nanti di mahsyar
Baru mahu bersuara

Cerita hari raya
Asam garam jalinan sesama kita
Santunilah dengan senyum manis dan indah
Sebulan kau jernihkan hati mesra
Menghadap Tuhan
Inilah masanya kau jernihkan
Hubungan sesama insan