Lyrics
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza
(Korus)
Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
(Ulang Dari Korus)
Music Video
About
Artist Siti Nurhaliza
Added 6 months ago
More from Siti Nurhaliza
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,111 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,093 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,586 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,437 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,296 views