Afnan

Biar Sempurna (feat. Dalia Farhana)

by Afnan

30 Views May 18, 2026

Lyrics

Embun gelisah dilimpah gelora
Tirai kelambu dikandung sayu

Kehidupan menjadi tanda jelantah
Bila manusia merasa sudah jerangkah
Seakan cula dunia dia yang menjaga
Sedangkan maha pencipta memberi nyawa
Bukannya sesama-sama kita kalang terjang
Timbang bimbang dimabuk bayang-bayang
Pendusta mana tiada cerbisan silam saja diam menghilang

Kadang kala disuluh terang ego tetap putarkan belakang
Tak mengapa asalkan pintu rezeki
Bertanam berbanding canang direjang
Lidah bercambang cahang mungkin kecundang tiada ruang sayang

Pulang kandung hitung biar tersandung janji dikurung
Dikepung cembung cekung lahir sulung teragung
Teradung acung ratu maya rangkaya
Tak menyangka raga nafsuku membunuh walau sekali rusuh

Biar sempurna
Di hati bukan di mata
Jatuh ditolak oleh mimpi yang nyata

Di mata manusia
Kau takkan pernah sempurna
Tenggelam tak bermakna hanyut selamanya

Obsesku meminta bersila di angkasa
Rindu rawanku mungkin sengaja
Namun ku dahaga bait segar pugar sempurna

Cala bala benar takkan setapak takkan berpura-pura
Cabar hati tiada siapa berani cuba
Ini lah prasangka
Sujana berbayar supaya leka menceka mudah lela
Kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang ya
Sentiasa ragah sabar usah rasa rebah rengkah
Sergah selagi mampu tumpah
Tiap masa bermimpikan impian
Tersemai nara busana mutiara tanpa tiara
Senandika mimpi kita mula dihargai teliti ini bukan denotasi
Selami fantasi yang dianggap dekorasi
Eksposisi emosi takkan henti berimaginasi
Sungguh pasti titisan akan mewarnai realiti

Biar sempurna
Di hati bukan di mata
Jatuh ditolak oleh mimpi yang nyata

Di mata manusia
Kau takkan pernah sempurna
Tenggelam tak bermakna hanyut selamanya

Perwira itu ada di dalam hatimu
Jatuh jangan mengaku kalah tak menentu
Pesan bonda jangan kau lupa
Curahkan keperitan pada yang maha kuasa

Biar sempurna
Di hati bukan di mata
Lena dibuai oleh mimpi yang nyata

Di mata manusia
Kau takkan pernah sempurna
Tenggelam tak bermakna hanyut selamanya