Latipah

Beratnya Beban

by Latipah

2 Views Feb 04, 2026

Lyrics

Di waktu malam, aku termenung jauh
Memikirkan esok, kemana langkah ku jatuh
Beban terasa berat, hati terasa luruh
Melangkah terus, walau jiwa semakin rapuh

Penuh lampu jalan, bayang banyak berlari
Dalam berat kepala aku berhalusinasi
Banyak masalah datang bertukar ganti
Tahan sekejap nafas, bantu aku berdiri

Termenung ku di jalan yang panjang
Memikir beban kupikul malam siang
Resah di dada tak siapa mampu membawa terang
Mengharap hari esok hadir dengan cerita lebih tenang

Termenung ku di jalan yang panjang
Memikir beban hari ni dan akan datang
Resah di dada ku biar ku simpan dalam diam
Kerana berat hati ini… cuma aku yang akan faham

Tangan di stereng, fikiran melayang
Lihat ke arah jalan yang panjang
Jiwa terkadang letih, harapan tinggal bayang

Cuba mencari tenang, yang dah lama tak datang

Hujan turun, resah pun ikut sama
Takut esok hari entah bagaimana
Tak tidur malam, memikirkan beban
Langkah tetap jalan walaupun perlahan

Termenung ku di jalan yang panjang
Memikir beban kupikul malam siang
Resah di dada tak siapa mampu membawa terang
Mengharap hari esok hadir dengan cerita lebih tenang

Walau malam memeluk sunyi yang berat
Teruskan langkah walau hati ikut terjerat
Walau luka mengajar dengan cara yang lambat
Tetap percaya fajar sentiasa pulang membawa rahmat

Jangan risau, rezeki pasti tiba.
Asal kau usaha, teruskan berusaha
Jangan mengalah walau kau terluka
Teruslah berjuang — selagi nafas masih ada

Terus jalan, jangan berhenti
Rezeki dekat, cuma belum pasti
Simpan semangat, kuatkan diri
Esok akan cerah , kerana malam bukanya sepenuh hari