Mizan

Ayah Ibu 2.0 (with Apak Kapak)

by Mizan

0 Views Sep 04, 2026

Lyrics

Ayah, bagiku keringatmu berharga
Ibu, pengorbananmu besar bagi diriku
Ayah, kau sanggup perjuangkan segala
Hingga sanggup berkorban ke hujung nyawa

Ayah, kau beriku didikan agama
Ibu, nasihatmu akan kuguna selalu
Ayah, betapa besar rasa cintamu
Beban yang besar mampu kaupikul jua

(Chorus)
Tertidur ku dengan nyanyian
Sehingga mata terpejam
Terjaga ku dengan tangisan
Kau memujuk penuh kemesraan

Segala yang kau perjuangkan
Takkan aku persiakan
Oh ayah ibu, cobalah kaudengarkan

Terima kasih Ayah,
Kerana tak pernah berhenti berjuang
Walaupun hidup sering menyakitkan

Semoga segala lelah Ayah menjadi pahala
Dan semoga Allah sentiasa menjaga Ayah
Seperti mana AYah menjaga kami selama ini

(Chorus)
Tertidur ku dengan nyanyian
Sehingga mata terpejam
Terjaga ku dengan tangisan
Kau memujuk penuh kemesraan

Segala yang kau perjuangkan
Takkan aku persiakan
Oh ayah ibu, cobalah kaudengarkan

Akan kujagamu ke hujung hayatku
Berbakti padamu, oh ayah ibuku

Ku menyayangimu, ku mencintaimu
Ku mengasihimu, seumur hidupku