Amilah Amir

Antara Cinta Dan Ketaatan

by Amilah Amir

10 Views Jun 02, 2026

Lyrics

Seumpama permata
Ku gilap rapi dengan sutera
Agar kilau sinarnya
Kan berseri selama-lama

Duka asmara kita
Yang ku belai sepenuh hati
Tanpa pula terdaya
Ayah bonda tak merestui

Bukannya ku sengaja
Menodai ikatan janji
Tak pernah ku relakan
Perpisahan terjadi kini

Walau jiwa meronta
Namun sayang apakan daya
Kehendak orang tua
Walau pahit ku telan jua

(Korus)
Ku mohon pengertian
Dari mu duhai pujaan
Ku dalam persimpangan
Antara cinta dan ketaatan

Tak sanggup aku menderhaka
Menghampakan hasrat mereka
Ku mengharapkan keredhaan

Agar hidup dalam keberkatan

Maafkan aku sayang
Kerana terpaksa berundur
Walau hati ku hancur
Kerana hajat yang terkubur

Sudah takdir rencana
Tiada jodoh antara kita
Kau tetap ku doakan
Moga bertemu kebahagiaan

(Korus)
Ku mohon pengertian
Dari mu duhai pujaan
Ku dalam persimpangan
Antara cinta dan ketaatan

Tak sanggup aku menderhaka
Menghampakan hasrat mereka
Ku mengharapkan keredhaan
Agar hidup dalam keberkatan

Maafkan aku sayang
Kerana terpaksa berundur
Walau hati ku hancur
Kerana hajat yang terkubur

Sudah takdir rencana
Tiada jodoh antara kita
Kau tetap ku doakan
Moga bertemu kebahagiaan