Lyrics
Tenonenonet
Begini nasib jadi pemandu lori
Ke sana sini, tiada yang menemani
Harap kelindan semua tak dan
Kuat membuta setiap masa di jalan
Tenonenonet, ah
Eh, bangunlah (tenonenonet)
Eh, diamlah (tenonenonet)
Kadang di jalan aku merasa bosan
Buka radio dengar satu rancangan
Cerita seram tentang bunian
Tiba-tiba muncul bau wangi-wangian
Tenonenonet
Eh, bangun dah, seram dah (tenonenonet)
Eh, diam dah, ngantuk dah
Tiba di simpang aku merasa hairan
Terlihat gadis cantik manis rupawan
Berjalan seorang di tengah malam
Terlintas berbagai di pikiran
Lemah gemalai dia membawa uncang
Tertanya hati, kemanakah tujuan?
Kuperlahankan laju lihat cermin sisiku
Adakah ia masih di situ?
Woo-oo-oo
Terlihat jelas ia senyum padaku
Membuat hatiku jadi tak menentu
Kuhentikan loriku
Kuajak bersamaku
Siapa tau sehala tuju
Ingin kutanya, "Cik, adik nak ke mana?"
Tapi kuragu, adakah ia nyata?
Kuberanikan diri, kubaca Ayat Kursi
Dan aku pun terus bertanya
Awak mahu ke mana?
Saya ingin ke sana
Sudikah abang hantar?
Boleh wahai cik abang
Buat apa ke sana?
Saya menuju pulang
Cukup sampai di simpang
Saya jalan seorang
Sampai di simpang aku terasa seram
Di tengah hutan kawasan perkuburan
Panas pipiku bagai ditampar, aw
Rupanya si Kelin dan kejut suru jalan
Tenonenonet
Hei, Ry, Ry
Herry! Bangunlah! (Tenonenonet)
Bangunlah! Dah lambat!
Eh, aku nak tidurlah!
Bangun, bangun!
Hei, bangun!
Alamak! Sekali mimpi dah
Music Video
About
Artist Harry Khalifah
Added 2 months ago
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 5,853 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 1,795 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,344 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,145 views
Saja Boys - Soda Pop (Romanized)
Genius Romanizations • 1,097 views