Album Cover Malam Dan Semalam

Malam Dan Semalam

Slam

4

Malam...

Kau datang membawa pesan

Membuat hatiku rawan

Bulan...

Kau suluh duka semalam

Rinduku menjadi dendam

Mencengkam...

1

Dan fajar pun menjelma

Resahku bergelora

Takutku hendak berdepan

Dengannya...

Bukan kerana salah dosa

Bukan kerana miskin hina

Tapi kerana cinta hampa

Ku tersingkir dilembah duka

Penawar yang pernah kuracuni datang

Dengan seribu mimpi

Ke mana nak ku lari

Ku di tawan oleh realiti

Kasih pudar di hati

Ku menumpang diruang sepi

Andainya kau kembali

Cinta tidak bertaut lagi

( ulang dari 1 )

Rambulan terlindung langit

Mendung membuat aku bingung

Kita sama bersalah

Kenapa pula aku kalah