Album Cover Lenggang Lenggok

Lenggang Lenggok

Siti Nurhaliza, Feat: Noraniza Idris

2

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya

Sunguh menawan

Paras cantik memikat gaya manjanya

Hati tertawan

Rambut panjang berjurai hitam berkilat

Mayang mengurai

Lemah lembut gayanya tersenyum simpul

Lemah gemalai

Resah jangan diharap pagi yang cerah

Bawa bersenda

Usah bagaikan dedap sungguhpun merah

Harum tiada

Bukan kerana mawar kumbang mengidam

Seri gubahan

Intan tetap bersinar walau terbenam

Di perlimbahan

Cantik baju kebaya pukau warnanya

Berbunga jarang

Baik budi bahasa walau kemana

Dikenang orang

Segar dingin terasa bayu membelai

Tiada henti

Biar miskin kelana asalkan pandai

Mengambil hati

Lagu lain oleh Siti Nurhaliza, Feat: Noraniza Idris