Album Cover Sudah Takdir Begitu

Sudah Takdir Begitu

Samudera

5

Hidup ibarat di dalam sangkar

Mata terlepas, batinku tersiksa

Rindu membara dan kian membakarDi pinggir hati yang sengsara

Masihkah dapat aku hiaskan

Cintamu itu di taman hatiku?

Kepada Tuhan ′ku terus berdoa

Agar kembali ketenangan

Walaupun kusedari hebatnya dugaan

Namun hatiku menaruh harapan

Sering kali 'ku terasa inginnya kuulangi

Saat yang indah bersama dirimu

Kasih yang bersarang di hati

Wangi bagai harum kasturi

Seandainya takdir mengizinkan

Relanya aku menyambung semula

Ikatan yang telah putus dulu

Bukan niat kita untuk berpisah

Tetapi keadaan yang memaksa

Lalu kita pun masih terus saling merindu

Kerana sudah takdirnya begitu

Kasih yang bersarang di hati

Wangi bagai harum kasturi

Seandainya takdir mengizinkan

Relanya aku menyambung semula

Ikatan yang telah putus dulu

Bukan niat kita untuk berpisah

Tetapi keadaan yang memaksa

Lalu kita pun masih terus saling merindu

Kerana sudah takdirnya begitu

Hidup ibarat di dalam sangkar

Mata terlepas, batinku tersiksa

Rindu membara dan kian membakar

Di pinggir hati yang sengsara