Album Cover Abang Lori Tenonenonet

Abang Lori Tenonenonet

Harry Khalifah

4

Tenonenonet

Tenonenonet

Begini nasib jadi pemandu lori

Ke sana sini, tiada yang menemani

Harap kelindan semua tak dan

Kuat membuta setiap masa di jalan

Tenonenonet, ah

Eh, bangunlah (tenonenonet)

Eh, diamlah (tenonenonet)

Kadang di jalan aku merasa bosan

Buka radio dengar satu rancangan

Cerita seram tentang bunian

Tiba-tiba muncul bau wangi-wangian

Tenonenonet

Eh, bangun dah, seram dah (tenonenonet)

Eh, diam dah, ngantuk dah

Tiba di simpang aku merasa hairan

Terlihat gadis cantik manis rupawan

Berjalan seorang di tengah malam

Terlintas berbagai di pikiran

Lemah gemalai dia membawa uncang

Tertanya hati, kemanakah tujuan?

Kuperlahankan laju lihat cermin sisiku

Adakah ia masih di situ?

Woo-oo-oo

Terlihat jelas ia senyum padaku

Membuat hatiku jadi tak menentu

Kuhentikan loriku

Kuajak bersamaku

Siapa tau sehala tuju

Ingin kutanya, "Cik, adik nak ke mana?"

Tapi kuragu, adakah ia nyata?

Kuberanikan diri, kubaca Ayat Kursi

Dan aku pun terus bertanya

Awak mahu ke mana?

Saya ingin ke sana

Sudikah abang hantar?

Boleh wahai cik abang

Buat apa ke sana?

Saya menuju pulang

Cukup sampai di simpang

Saya jalan seorang

Sampai di simpang aku terasa seram

Di tengah hutan kawasan perkuburan

Panas pipiku bagai ditampar, aw

Rupanya si Kelin dan kejut suru jalan

Tenonenonet

Hei, Ry, Ry

Herry! Bangunlah! (Tenonenonet)

Bangunlah! Dah lambat!

Eh, aku nak tidurlah!

Bangun, bangun!

Hei, bangun!

Alamak! Sekali mimpi dah

Lagu lain oleh Harry Khalifah