Album Cover Suiasana di Hari Raya

Suiasana di Hari Raya

Ellina, Anuar Zain

4

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam, ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi

Suasana Hari Raya walau di mana pun jua

Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam

Makanlah, jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati

Kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik

Hai, duit Raya lupa nak diberi

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira

Kuih dan muih beranika macam

Makanlah, jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati

Kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik

Hai, duit Raya lupa nak diberi

Lagu lain oleh Ellina, Anuar Zain