Album Cover Episod Cinta

Episod Cinta

Boboy

4

Mengapa ada dusta

Tika cinta melanda sukma

Tika setia diombak resah

Masihkah ada bahagia

Mengapa ada dia

Tika rindu padamu saja

Tika restu untukmu jua

Akhirnya aku yang merana

Mengapakah aku diluka

Derita kerana sebuah cinta

Yang sekian lama kita bina

Inikah sumpah setiamu

Terhadapku setia selalu

Ke akhir hayatmu

Ternyata palsu

( korus )

Kuterima semua ini

Sudah kehendak takdir Ilahi

Berakhirlah semua kini

Episod cinta ini...

Menjadi sebuah memori

Dan jangan ada benci

Tika kesal menggamit hati

Tika segan menyentuh jiwa

Anggaplah lumrah dunia