Album Cover Mencari

Mencari

Aman Shah

4

Katakanlah kau rela berjalan

Tiada kesal yang dirasakan

Jangan dikirakan ini paksaan

Hanya kita bersama berjalan

Katakanlah kau akan mencari

Dengan kesungguhan hati

Pencarian ini takkan berhenti

Walau dihujung pelangi

( korus )

Sekiranya nanti diketemukan

Sebuah persimpangan

Mahukah kau sendiri memilih haluan

Kiranya nanti keupayaan dicari

Mahukah dihenti pencarian ini

Katakanlah kau terus mencari

Dengan ketabahan hati

Kita akan meredah maya ini

Kita kan terus mencari