Urban Method

Wajah Rahsia Hati

by Urban Method

23 Views Sep 08, 2026

Lyrics

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Lagu retro putar semula
Kembalikan nostalgia zaman remaja
Dua hati kini bersama-sama
Detik-detik indah remaja

Suka beduka bersama
Pacar bawah bulan purnama
Lafaz hikmah ku cintakan mu
Ucap pula ku mahukan mu

Cinta kini mula bersemi
Dua insan yang jatuh hati
Siapa sangka boleh terjadi
Terukirnya cinta pandang pertama

Hatiku merindu
Ku terkenangkan mu
Begitu indahnya
Oh zaman remaja

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Warna-warna kehidupan mewarnai kegelapan
Yang mencari cahaya yang memberi sebuah harapan
Untuk menerajui hidup penuh duka lara
Bermulanya epik teruna mencari dara

Kedengaran siulan anak-anak muda
Gadis manis berlalu
Mengenyitkan mata
Mencuba menggoda
Jelingannya yang manja

Kau tertawa hatiku kini pasrah menunggu si dia
Dalam kehidupan remaja

Suka duka kongsi bersama
Gelak ketawa keriangan dilalui bersama
Sedih pilu di harungi bersama
Perjalanan yang kekal diminda

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh oh oh oh ohhh

Oh oh
Ini rangkap ketiga
Ya betul cinta memangnya indah
Namun indahnya kadang berbisa
Mula bercinta akhirnya berpisah

Hati kecewa semua kerana
Keasyikan asmara mengkaburi minda
Hargai cahaya kasih sayang yang kau miliki
Moga kebahagiaan berterusan kekal selamanya

Oh berdebar-debar hatinya
Kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi