Galuh Cendra Kirana

Syair Irama Tok Kenali

by Galuh Cendra Kirana

4 Views Jun 22, 2026

Lyrics

Sekalian yang ingkar kepada Nabinya
Banjir besar lemas semuanya
Dalam bahtera bersama—samanya
Terselamat Nabi Nuh dengan pengikutnya

Menurut ulama empunya kata
Lapan keluarga yang diberita
Di situ asal keturunan kita
Di seluruh dunia merata—rata

Enam bulan sangatlah berat
Terapung di laut tak naik ke darat
Hidup terkurung demikian ibarat

Ambil iktibar ambil isyarat

Kisah Nabi Nuh marilah fikir
Binasa kaumnya kerana mungkir
Ujian Tuhan pasti berakhir
Terus berusaha banyakkan zikir

Kisah Nabi Nuh dalam Al—Quran
Hendaklah kita jadikan ukuran
Yang dilaluinya bukanlah ringan
Insaflah kita akan ujian

Hendaklah sabar ujian Allah
Janganlah kita berpecah belah
Sesama kita jauhi berbalah
Berserah sepenuhnya kepada Allah