Nur Ameera Nabila

Syair Irama Hiasan

by Nur Ameera Nabila

3 Views Jun 22, 2026

Lyrics

Alam nan indah ciptaan Tuhan
Tuk kesejahteraan sekalian insan
Harganya tidak dapat dinilaikan
Jagalah ia usah abaikan

Alam sekitar ibarat harta
Padanya kita merasa cinta
Sama—samalah kita pelihara
Supaya kekal keasliannya

Alam sekitar jikalau punah
Kerana manusia tidak amanah
Poko—poko tumbang ke tanah

Semua yang bernyawa pastikan musnah

Sungguh tenteram tinggal di desa
Udara bersih hidup selese
Alam nan indah bangkitakn rasa
Bersyukur kepada Tuhan yang esa

Cantiklah sungguh pandangan di desa
Kurniaan Allah yang maha esa
Itulah nikmat hidup manusia
Jagalah jangan rosak binasa

Sawah dan bendang hijau terbentang
Luas saujana mata memandang
Para petani bercucuk tanam
Rajin berusaha pagi dan petang