Lyrics
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang
Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai di makan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu
Mana kan boleh berganding sama
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguh cantik sutera di uji
Belacu juga tahan dipakai
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Music Video
About
Artist Haziq Rosebi
Added 3 months ago
More from Haziq Rosebi
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,438 views
倉橋ヨエコ (Yoeko Kurahashi) - 沈める街 (Sinking Town) (Romanized)
Genius Romanizations • 3,085 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,651 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,930 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,794 views