Ahmadul Amin

Lelaki Selalu Salah

by Ahmadul Amin

55 Views Jun 27, 2026

Lyrics

Hati hati jaga jaga
Fikir dulu sebelum berkata
Jangan muda berburuk sangka
Perkara kecil kan jadi besar

Bukan niat ku untuk menyakitkan hatimu
Tapi kadang kala bukan aku yang bersalah
Apa lagi yang kau mahu dari ku

Kau pun tahu ku hanya seorang lelaki biasa
Sudah aku coba segala-galanya untuk menjadi sempurna
Selalu mengalah tetapi malangnya dimata wanita lelaki selalu salah
Salah
Tetapi malangnya dimata wanita lelaki selalu salah

Dia pergi dan kembali
Sekejap sayang sekejap benci
Katakan lah sejujurnya
Kerna ku bukan pembaca minda