Lyrics
Pemilik wajah yang meruntun di kalbu
Sekali tersenyum berzaman ku rindu
Dalam lena masih juga mimpikanmu
Semakin ku nafi semakin menjadi
Semakin ku lawan semakin tertawan
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Tiap nafas mengutus ghairah dan rindu
Mendesakku gadai maruah diriku
Haruskah ku tunduk mengalah padamu
Sedang cinta menuntutku mendugamu
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Janjikan ku dapat biar kau ku rayu
Kerana hidup tak bermakna tanpamu
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Music Video
About
Artist Spider
Added 10 months ago
More from Spider
Popular Now
Tung tung tung sahur (English Translation)
Genius English Translations • 6,423 views
倉橋ヨエコ (Yoeko Kurahashi) - 沈める街 (Sinking Town) (Romanized)
Genius Romanizations • 3,068 views
Sherine - Batmana Ansak (English Translation)
Genius English Translations • 2,613 views
Pikiran yang Matang
Perunggu • 1,912 views
AKUGETSU - Mi Vida Loca (VIVINOS - ALNST Sub : Till Part.1)
Genius English Translations • 1,774 views