Norma Kadir

Inang Pantun

by Norma Kadir

6 Views Jun 21, 2026

Lyrics

Kalaulah benar merayu bala merayu
Biar tempua hai rendah bersarang rendah
Kalaulah benar merindu dalam merindu
Jangan biarkan hai resah menanggung resah

Sukarnya menanggung cinta
Disulami rasa rindu
Sukarnya melayan jiwa
Pejam mata tidur tak mahu

Mengkuang tuan hai lebat berdaun lebat
Mengkuang saya berduri daun berduri
Dagang tuan hai bertempat dagang bertempat
Dagang saya hai sendiri di rantau sendiri

Anak dagang di rantauan
Haruslah bersopan santun
Kalau diam tak berkawan
Sendirilah di hujung tanjung

Bukanlah salah hai mendung berarak mendung
Salahkah hujan menimpa datang menimpa
Bukanlah salah hai kandung malang dikandung
Salahkah badan hai kita yang turut inta

Sukarnya mengira olak
Olak berlagu di air dalam
Sukarnya mencari jejak
Jejak ditimpa hujan malam

Bukannya mencari jejak
Jejak ditimpa hujan malam
Sukarnya